Friday, March 2, 2012

- L0ve AwaiTs mE -

I found this article in the web and it made me realize things now.
I'd like to share this here so that everyone else can read them as well.
Hope you guys enjoy reading and hope it will give benefits to those who need it.
^_^

Cinta Hendaklah Saling Memahami Antara Satu Sama Lain - by BeLOya2u

Kepada sesiapa yang tengah bercinta, pasti antara pasangan di luar sana tengah bahagia dan tidak kurang jua tengah bergaduh. Kepada yang tengah bahagia.. berpada-padalah dengan kebahagiaan kerana kedukaan akan menyusul. Sama-samalah kita beringat. Kepada yang berduka, percayalah bahawa hari esok memberi sinar baru samada dalam keadaan berpisah ataupun bersama.

Dalam bercinta, kita harus saling memahami antara satu sama lain. Bukan mengharapkan pasangan sahaja untuk memahami kita. Kalau kita terlalu mengharapkan pasangan sahaja memahami kita. Itu tidak adil. Anda tentu setuju jika saya mengatakan itu tidak adil kan? Apa yang saya tekankan di sini ialah saling memahami adalah kunci utama dalam hubungan.

Seperti situasi ini, Gegerl seroang wanita menyatakan bahawa pasangannya boboy tidak memahaminya kerana boboy seringkali cemburu buta apabila Gegerl bersama kawan-kawan lelakinya dan boboy pula menyatakan Gegerl tidak memahaminya kerana seringkali membuat dia cemburu. Dalam situasi ini, dua pasangan ini sebenarnya saling tidak memahami.

Sepatutnya Gegerl hendaklah memahami naluri Boboy yang sering cemburu. Itu petandanya Boboy mempunyai perasaan cinta dengan Gegerl dan Boboy harus memahami Gegerl mempunyai banyak kawan lelaki. Jadi bagaimana hendak membuat keadaan ini menjadi harmoni?

Dalam situasi ini, Gegerl haruslah mengurangkan perjumpaan dengan kawan-kawan lelakinya atau memperkenalkan kawan-kawan lelakinya dengan Boboy dan Boboy pula hendaklah tidak terlalu menyekat Gegerl untuk bersama kawan-kawan lelakinya sekiranya perjumpaan mereka di tempat terbuka. Di sini sifat bertolak ansur wujud dan kepercayaan dalam setiap pasangan di semat.

Merajuk merupakan perkara yang biasa dalam dua pasangan. Merajuk adalah perkara yang sukar untuk dijelaskan. Setiap orang mempunyai cara dan persepsinya sendiri mengenai merajuk. Ada antara kita merajuk dengan tidak menghubungi pasangan, menghukum pasangan, memutuskan hubungan, membunuh diri, berkata dusta, membrontak dan sebagainya. Pelbagai cara antara kita menunjukkan perasaan merajuk. Tidak kurang juga yang tidak tunjuk. Egolah katakan.

Merajuk adalah perkara biasa dalam dua pasangan bercinta dan jika anda terlalu keterlaluan atau merajuk dengan melampau boleh menyebabkan hubungan anda tidak tahan lama. Ini juga ada kaitan dengan saling memahami. Jika merajuk keterlaluan ini bermakna anda tidak memahami pasangan anda. Maka dengan itu, merajuklah dengan berpada-pada. 

Apa yang harus anda lakukan di sini ialah merajuklah dengan sederhana dan selepas itu jumpalah pasangan dan berbincang apa yang terbuku di hati dan bukannya hanya mendiamkan diri. Gunakan sebaik mungkin komunikasi dari hati ke hati. Cubalah memahami pasangan dan carilah jalan yang terbaik. Mendiamkan diri bukanlah jalan penyelesaiannya.

Membalas tindakkan pasangan merupakan kreteria merajuk. Membalas bukanlah tindakkan yang betul kerana ianya akan memudaratkan hubungan antara dua pasangan. Bertanyalah kepada pasangan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pasangan. Cara bertanya perlulah dengan hikmah dan bukan sumpah seranah dan pasangan yang satu lagi hendaklah menjawab dengan jujur apabila menerima soalan dari si dia. Jangan pula melenting. Ini kerana si dia ingin tahu dan cuba memahami anda.

Apa yang saya nak tegur di sini ialah. Apabila anda sayangkan seseorang janganlah ada sifat mementingkan diri sendiri. Asyik nak minta pujuk sahaja. Asyik nak jadi raja atau permaisuri sahaja. Pasangan kita bukanlah hamba untuk kita rajuk setiap masa. Hormatilah pasangan seperti dia menghormati kita. Jika sekiranya dia tidak menghormati kita, tegurlah dengan berhikmah dan bawa berbincang serta bukan membalasnya.

Ingat satu perkara yang saya nak tekankan di sini iaitu KOMUNIKASI DUA HALA. Komunikasi bermaksud berbincang. Lakukan komunikasi dua hala untuk mencari jalan penyelesaian dan bukannya terus memberontak.


Labelz: noticed

No comments:

Post a Comment